Assalamualaikum kepada semua penyokong dan pembangkang BN dan PR
macam mana, masih lagi x puas hati dengan keputusan PRU13 semalam ke? dah-dah le tu apa lagi nak dibuat, keputusan x akan ditarik balik. terima je dengan redha. aku suka dengan sepatah kata dari mat lufti
"Kalau kita kalah, "Tuhan tangguhkan kemenangan". Kalau depa kalah, "Tuhan nak tunjuk kebongkakkan depa".
Kalau kita bersuara, "kita cenderung dengan pendapat bla bla". Kalau depa bersuara, "depa TERPENGARUH dengan pendapat bla bla."
kann...semua penyokong pun akan ada biasnya masing-masing. tapi sentiasa ingat Allah sebaik-sebaik perancang. aku betul-betul harap DS Najib dapat memerintah Malaysia dengan aman dan makin membangun. please jangan naikkan harga minyak, tol, dan juga barang-barang lain.
ok skip pasal PRU 13, aku nak cerita pasal TGNA (Tuan Guru Nik Aziz). kalau korang orang kelantan, korang akan tau betapa org kelantan ni sangat hormat dan sayang pada TGNA. xkiralah berbeza parti tapi kebanyakan kami, rakyat Kelantan memang sayang TGNA.
ntahle, aku xtau macam mana nak cakap kenapa rakyat Kelantan sangat sayang TGNA tapi kalau korang rakyat kelantan, korang pasti x tau. jasanya terlampau banyak, bukan setakat jasa sbg Menteri Besar ye.
keistimewaan TGNA yang tiada tolok bandingnya, setiap khamis dan jumaat dia akan mengajar kuliah agama. bayangkan dengan jadual yang sangat pack tapi disebabkan TGNA bgtau mengajar adalah tugas anbia, maka dia teruskan jua walau letih dan jadual pack.
kedua - setiap bulan elaun yang dia dapat sbg menteri besar x pernah dia ambil. kalau dikira dalam setahun mungkin lebih sejuta. semuanya disalurkan pada Kelantan. rumah MB pun dia x pernah duduk. dia hanya duduk rumahnya yg sebenar iaitu kat Pulau Melaka.
banyak lagilah keistimewaan TGNA. yang kalau nak senaraikan semuanya memang lah tak tertaip.
antaranya di bawah:
Berita bersaranya Tok Guru amat menyentap diriku. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.
1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.
2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.
3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.
4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.
5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.
4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.
5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.
6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.
7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.
8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).
9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.
Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami. ~Sifu Siddiq.
Comments
harap dia dapat berehat tapi bukan bergenti :(