Skip to main content

counting the day

eh, jangan salah sangka ye. bukan counting day nak kahwin tau....hikhik. kalau aku nak kahwin, aku bagitau awal-awaaaaaalllll lagi. nampak sangat gatal di situ...hahaha

banyak betul persiapan nak buat. kedai kecik je tapi dia punya cost fullamak, duit mencurah-curah macam air. kalau dikira-kira balik hampir RM20ribu dah abis untuk kedai dan jugak stok tudung. ni pun rasa sikit lagi sebab ingat nak buat kedai tu biar stok betul-betul banyak. biar orang yang datang beli juling bijik mata x tau nak pilih yang mana.

kedai aku ni bukan kedai eksklusif like butik ariani atau hajaba tu ye, bukaaaaannn. kedai aku ni macam kedai kat jalan TAR. kedai kecik cenonet tapi barang penuh. itulah impian aku, kedai kecik xper asal barang banyak pilihan dan semuanya koleksi terbaru yang cantik dan meletop.

alhamdulillah, walau kedai tu baru lagi tapi sale tetap ada. ada hari sale banyak, ada hari sale kurang. biasalah tu, kalau hujan memang hampir-hampir x ada sale tapi kalau hujung minggu, alhamdulillah. banyak lagi plan nak buat dan kalau boleh hujung tahun ni nak buat tudung  sendiri. doa-doakan ye.

bulan 11 ni banyak betul tarikh yang cantik. so pilih punya pilih ingat nak buat this 20/11/2011/. tapi still x confirm lagi. pengumuman akan dibuat dan akan jemput semua orang. insyaALLAH





muka stress...haha. kat ats hidung jerawat besar guli, memang terbaik :)
till then, bye u olls

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot