Skip to main content

peringatan untuk lelaki (yang ingin berkahwin lebih dari satu)

salam sayang semua, ceeewaahhh. kemain lagi

okeh, hari ni topik yang aku nak bincangkan agak berat. iaitu tentang kahwin 2 atau poligami. korang ada x family members atau kenalan yang mempunyai isteri lebih dari dua? aku ada. x perlula aku bgtau sapa tapi saudara terdekat jugaklah.

aku bukan nak cerita tentang sifat lelaki yang gatal yang asal ada peluang je, mesti nak tambah cawangan. *cough saleh yaacob cough*. cumanya aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri yang melihat kehidupan sebenar lelaki berpoligami ni.

aku nak cerita ni kot-kotla korang sekarang ada affair ngan suami orang dan dalam dilema samada nak teruskan hubungan atau x. aku sebenarnya menentang poligami, who doesnt rite, perempuan mana yang sanggup berpoligami. cumanya x derlah sampai menentang gile punya hebat.

2 saudara aku tu, perempuan. sorang bermadu, seorang lagi dimadukan. terbaik kan. sorang x tau pun yang suami dia dah kahwin lain bertahun-tahun until dia terima call yang mengatakan suami berkahwin lain dari isteri kedua. manakala sorang lagi dari awal-awal dah tau tapi sanggup berkahwin disebabkan penangan cinta yang hebat.

credit gambar, pakcik google


bercinta dan melayari alam rumahtangga bertahun-tahun amatlah berbeza kan. kita mula menyedari realiti x seindah yang digambarkan. aku x nafikan lelaki yang bergelar suami kepada saudaraku itu memang baik. dari segi layanan masih sama walau dah bertahun-tahun. tapi masalah memang sentiasa akan muncul kan especially apabila kewangan tidak stabil

anak belah isteri pertama dan kedua, dua-dua perlukan perhatian, dua-dua perlukan duit, dua-dua perlukan kasih sayang dan banyak lagi. kalau sanggup wahai lelaki, kahwinlah anda samada 2,3 atau 4 sekalipun. so apabila aku melihat sendiri masalah yang berlaku disebabkan poligami, aku kesian pada dua-dua belah pihak either husband or wife. sapa yang jadi mangsa? anaklah

jadi pada lelaki yang nak berkahwin 2, tolonglah tarik nafas dalam-dalam dan fikir 10 tahu lagi apa akan jadi? mampukah korang tanggung segala perbelanjaan? duit paling penting ye sebab tanpa duit yang mencukupi semua benda jadi x kena. sikit-skit bergaduh. mampukah korang bahagikan masa seadilnya? bersikap adil dalam segala hal? jawab dengan jujur, sebab kebanyakan yang aku tengok lelaki yang kahwin dua disebabkan nafsu.

aku punya sedara tu dia kahwin dua disebabkan nak tolong perempuan tersebut. yeah, dia punya niat memang suci lagi murni tapi masalahnya duitttt atau kewangan memang x stabil. camno tu. isteri pertama 5 anak, isteri kedua 5 anak. gaji pulak x yah cakaplah memang berapa sen sangat. so, how they survive, yeah, please dun ask me, u just see the husband and u will know. baju dan seluar yang x pernah berganti, harapkan isteri belikan baju n seluar baru, kalau x, memang x merasa.

yang sorang lagi hazab. nak terangkan pun susah tapi pendek kata duitla masalah utama. tapi yang lain diorang bagus, boleh diharap dari segi kerja rumah dan sangat membantu.

so pada lelaki yang x mampu, dok diam-diam telan air liuq jaaaa, x yah nak menggatal sangat. apa korang nak jawab kat akhirat nanti kalau x mampu berlaku adil?

perempuan pulak kenale paham especially yang ambil hak orang, orang kata kena banyak sabar dan tolak ansur. heh, aku cakap macam pandai kan. tapi macam aku bgtau td, aku cuma nak share aku punya pengalaman melihat sendiri keadaan berbagi suami ni.

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot