Skip to main content

harimau malaya mengaum di sukan sea





selamat malam malaysia, mesti semua tengah senyum sampai ke telinga kan. 

aku ni xderlah follow sangat sukan sea sebab yelah x sempat kan. tapi selalulah baca paper, so taulah sikit-sikit.  tapi paling mendebarkan mestilah bola sepak. iaitu sukan yang paling ditunggu-tunggu. dulu, orang tengok sukan sea sebab nak tengok olahraga dan balapan kan. 

tapi trend sekarang bola sepak, memang tengah gila, demam dan fanatik bolalah since malaysian menang piala AFF Suzuki. start situ sokongan malaysia terhadap bola sepak makin menebal sebab banyak jugak games yang malaysia menang. 

tahun ni malaysia berjaya melangkah ke final. fuuuhhh, memang kecut perut aku sebab yelah nak melangkah ke final bukan senang ye. mula2 kena lawan indonesia untuk games antara group and kita menang 1-0. ni pun dah kira syukur gila. lepas tu kita lawan pulak myanmar untuk ke final and dapat 1-0 jugak. dan akhirnya kita jumpa balik indonesia untuk final. haruslah bermati-matian dan effort kena lebih sebab dua-dua memang struggle nak menang.



our precious team

aku tengok games kat lappy je, tv3 life streaming, nasib baik ada. so agak terbantut sebab buffering tapi x per janji dapat tengok dan sangaaattt puas hati. ya allah, tuhan je tau macam mana keadaan, dah macam nak kahwin, ke lagi nerves dari nak kahwin, tangan sejuk, muka merah dan x leh dok diam.

sekejap-sekejap layan fb sebab nak hilangkan nerves. sekejap-sekejap mencarut. sekejap-sekejap menjerit kecil sebab kat opis so xleh menjerit sangat, nanti x pasal-pasal ada yang kena buang kerja sebab ingat perempuan gila mana. 

kawan-kawan yang tengok keadaan aku pun semua cakap sabar-sabar. yang herannya aku tengok aku je lebih-lebih, yang lelaki lain rilex je siap ada yang x tau pun malam ni ada game. eh, sedihla hidup korang. masa tambahan memang makin sakit perut. last-last x ada goal jugak.

masa penalti, dah redha dah sebab yelah penalti kan ikut nasib. tapi yelah aku punya motto " second winner is the first loser" so, aku x nak malaysia num 2, aku nak num 1. biar terbuntang mata indonesia. akhirnya dengan satu penalti yang berjaya diselamatkan oleh apek, dan satu lagi x masuk, malaysia menang.

penalti akhir tu memang sangat mendebarkan. yelah, mula-mula ingat bola x masuk tapi akhirnya jatuh dan masuk slow-slow ke dalam gawang gol dan gollllllllllllll.

.

ya allah, serius rasa nak menangis, emo kan. macam rasa sangat gembira walau pun aku bukannya dapat apa-apa tapi sebab tumpang gembira sama-sama ngan team malaysia walaupun mula-mula memang nak marah ngan fakhri yang sepak bola macam nak main-main tapi disebabkan malaysia menang, so kira lupakan jelah, kalau x....huh

so, untuk apek, again n again kamu bertindak sebagai penyelamat. banyak bola berjaya ditangkap oleh apek dan serius apek memang hebat. kepada player pulak especially kapten baddrol, terima kasih untuk segalanya. tahniah untuk oks kerana walaupun kena buang padang, apalah sangat hukuman tu kan dengan kemenangan ni. heh

semua malaysia boleh senyum sampai ke telinga lebih-lebih lagi kalau esok cuti :)

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot