Skip to main content

penjimatan berganda, aku gembira

salam hujung minggu semua, apa khabar malaysia? mesti tengah senyum sampai ke telinga kan sebab malaysia menang 1-0 dengan myanmar tadi. heh, memang terbaik ah gol tu walau first game permainan agak hambar. yang penting malaysia menang, yahoooooooo.

hari ni aku nak cerita sikit pasal price tag. korang pernah x compare harga masa beli barang? xkirala barang apa yang korang beli tapi pernah x korang perasan yang harga satu-satu barang memang ada beza di kedai yang berbeza.

ok, aku bagi contoh, tadi aku pegi mid (as usual kannn) sebab nak top up sikit barang mekap, biasalah perempuan kan, mekap dan barang-barang toiletries ni sangat penting. mula-mula aku pegi guardian sebab situ aku selalu beli safi rania (yup, im safia rania user for almost 5month n im quite satisfied). selalunya kat situ ada less either 10% and 15%. harini cuma ada best buy je. so aku terpk mungkin watson lebih murah

so, aku sanggup naik escalator ke tingkat 1 (guardian G level) since nak harga lebih murah tapi malangnya lagi mahal. dan aku buat keputusan turun semula, gila x tapi sebelum turun tu aku usha-usha jugak barang lain kot-kot ada yang lebih murah dan ternyata betul.

ok, aku listkan barang yang lebih murah antara guardian dan watson yang aku beli hari ini, harga dua kedai ni lebih kurang sama cuma bezanya ada di antara harga ni diorang bagi discount dan ternyata ianya berbaloi sebab banyak kot bezanya . so, aku semangat gila sebab for the first time jadi pengguna bijak,aku buatkan korang table lagi, korang boleh tengok sendiri.

     
BARANG

HARGA WATSON
HARGA GUARDIAN
selson blue shampoo (120ml)
RM15.80
RM19.90
loreal true match (foundation)
RM52.90
RM42.88
za two way cake refill (double pack)
1(RM40.90)
2 (RM49.90)
safi rania toner
RM14.50
RM13.48

banyak kan beza especially loreal foundation tuuu. 
jalan-jalan lagi pegi vincci and good news vincci having sale girls. so beli la flat shoes polka dot (xboleh tahanla sebab comel sangat). ingatkan x ada discount sebab x ada tulis discount. harga asal RM49.90 tapi lepas bayar cuma RM39.20. woohooo kali kedua.

see, dah berapa banyak aku jimat harini. semua barang di atas tu of coursela aku beli yang murah dan paling best mestilah loreal tu, 10rggit jimat u olls dan kasut vincci. so kalau korang rania user, sila beli di guardian okeh, kalau nak beli loreal sila ke guardian juga since they having discount now. tapi aku tengok foundation jelah, barang lain aku x sure.

so, korang boleh jadi pengguna bijak macam aku ye (bijak la konon padahal baru je buat harini).....hikhik.akhir kata, sila layan gambar sepam dua. adios

jalan-jalan

shopping

makan



aktiviti aku harini jalan-jalan, shopping dan makan. perfect kan lebih-lebih lagi untuk perempuan. dapat pulak discount dan skuad bola sepak malaysia pulak menang. memang perfect day :)

Comments

ddjfr said…
comel la shida ni!
shidaidris said…
hiks, comel ke. makacih :)

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot