Assalamualaikum semua, Aku doakan semoga pembaca blog dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Satu lagi, jangan lupa bersyukur, bila bangun pagi, sebut alhamdulillah, bernyawa lagi harini, dan tengok orang sebelah pun masih lagi bernyawa. Tu nikmat paling besar, betul tak? harini aku nak cerita pasal hadif. takkan nak cerita pasal kek oren coklat je kan. Alhamdulillah, setiap hari memang ada orang beli. sekarang aku dalam proses nak luaskan pasaran ke kedai runcit, petrol station dan juga restoran. aku kena pilih-pilih jugak yang popular dnn dikunjungi ramai barulah cepat laku kan. once dah confirm, aku akan announce. 25 disember ni hadif akan setahun 6 bulan. tak percaya kan, betapa cepatnya masa berlalu. kadang-kadang apabila aku tengok hadif, rasa macam tak percaya dia dah besar. masih lagi tak boleh bercakap secara fasih, sekadar mama, daddy (daddy boleh pulak dia sebut tapi kalau suruh pan...
biar badan kecik tapi hati kena besar