Skip to main content

artis bertudung

assalamualaikum perempuan muslimah dan lelaki muslim sekalian

ok, sebenarnya aku x ada idea menarik nak tulis, xtau kenapa time tengah kerja, jalan-jalan idea mencurah-curah tapi time duk depan pc dan nak type its gone. blank. so alang-alang aku nak cerita benda lagho jelah, eleh semua orang suka benda lagho kannn.

benda lagho ni yang baiklah iaitu pasal artis perempuan yang makin ramai bertudung. yang kadang-kadang kita x expect pun tapi tiba-tiba dia bertudung atau yang memang dah dijangka sebab dia slow-slow x seksi dan x menonjol mana:

1) liza hanim - ni penyanyi yang kalau nak kira agak seksi jugak sebelum ni tapi tiba-tiba apabila dia kuar satu program, dia pakai tudung. so, memang agak x disangka jugak.


liza hanim pakai tudung atas kesedaran sendiri. alhamdulillah

2) catriona ross - dia pun seorang pelakun, tapi satu hari tu dia accident yang agak teruk dan hampir menyebabkan dia lumpuh tapi berkat usaha dan diizinkan olehNYA,dia dapat berjalan balik dengan normal sekarang. sebab kejadian tu, dia ambil keputusan nak berubah


comelkan tapi selepas kahwin dan melahirkan, dia agak berisi

3) shiela rusly - dia ni pelakon, pakai tudung selepas dia balik haji tapi pemakaian dia bagi aku x berapa bagus lagila, tapi orang kata slow-slow berubahkan.

memang nampak sweet

4) nora - dia ni penyanyi tapi aku xtaulah apa yang menyebabkan dia berubah tapi dia kata anak dia selalu cakap yang dia nak mummynya pakai tudung


masih lagi boleh stylo tau kalau pakai tudung pun

5) farah af2 - dia ni terhasil dari akdemi fantasia. comel orangnya dan sebelum bertudung pun doa xderlah seksi mana pun dan apabila dia ambil keputusan bertudung, memang x disangka sebab yelah dia kan muda lagi tapi mungkin sebabkan dia selalu pakai tudung masa mengacarakan "rasa halal oriental" kalau x silap aku nama program tu, dan terbukak hati nak bertudung.


comel amat

6) anne ngasri - agak terkejut jugak tengok anne bertudung tapi serius banyak lagi yang dia perlu belajar apabila nak bertudung sebab pakaian dia masih lagi agak seksi tapi mungkin dia x sedar dan cuba nak berubah pelan-pelan orang kata

orang cantik pakai tudung lagi bertambah cantik


nak tengok Dato' Ct pakai tudung penuh macam ni. super gojes

sebenarnya banyak lagi artis tapi malas pulak aku nak update semua dan satu lagi kalau x berapa popular bertudung ke x bertudung xder sapa peduli....haha

untuk yang dah bertudung, tahniah dan semoga kekalkan tudung dan menjadi lebih baik
untuk yang belum bertudung, semoga berubah

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot