selamat sejahtera smart girls dan matured guys sekalian
harini aku nak cerita pasal mengundi. isu ni macam nampak berat bagi sesetengah orang tapi bagi aku, isu ni perlu dibangkitkan dan diambil serius. korang tak rasa ke yang kita bangsa melayu terlalu mengambil mudah dan tidak peduli tentang mengundi
kenapa aku bagitau macam tu sebab bukti terlalu banyak, aku tak nak ambil bukti dari paper atau majalah yang mungkin x semua orang baca dan kisah. aku cuma nak berkongsi pendapat dan pengalaman aku sendiri saja. sepanjang aku berkawan, kebanyakan kawan aku tidak kira lelaki atau perempuan, apabila aku tanya samada dah mengundi atau belum, jawapan diorang SANGAT mengejutkan
korang nak tau apa jawapannya? bukan setakat x pernah mengundi tapi mendaftar pun BELUM. so, its really shocking me since abah aku start aku umur 21 terus dia tanya samada dah mendaftar belum. benda ni kena ada kesedaran dari parents, then barulah anak-anak atau orang muda tau yang mengundi ni adalah satu kewajipan bukan suka-suka.
banyak anak muda kalau ditanya pasal mengundi jawapan diorang "aku x suka politik negara, kotor", aku malas nak masuk campur", "ala, aku mengundi ke tak mengundi ke sama saja" dan bla...bla. alasan yang dicipta kerana tiadanya kesedaran tentang pentingnya mengundi.
semua orang perlu tau, yang undian anda amat PENTING (walau anda beranggapan tidak), walau anda x menyukai politik sekalipun, walau anda tidak tau yang mana perlu dipangkah, walau anda tidak punya masa tetapi tolonglah tanamkan tanggungjawab tersebut kerana sekurang-kurangnya anda telah membantu diri anda dan negara.
banyak kelebihan kalau korang mengundi, x perlu aku huraikan banyak tapi sekurang-kurangnya anda membantu parti atau pemimpin yang anda sokong.
Comments