Skip to main content

mak ngan ayah saya

mak aku, comelkan
sebab tula anak-anak die cantik n hensem semua
bukan setakat tu je *cucu-cucu* dia pun cantik. omaigod, perasan

itu ayah aku. natila aku upload gambar mak aku
yang pakai kopiah putih ya. ayah aku sangat hensem kan
konvo adik aku beberapa tahun yang lepas

eh, saya la pulak. akulaaa. aku ni jenis sempoi, x retila beb nak cakap saya awak, kat luar pun ngan sama umur ke, umur lagi tua ke, yang lagi muda ke semua aku bahasakan diri aku.....hehe. so, ini memang aku punye gaya bahasa yep. kalau x, aku bahasakan nama saja.

mak ni ialah nenek aku, ayah pulah datok aku. ni belah mama aku yang kat pasir mas, kelantan. aku sayang diorang ni macam aku sayang mama n abah aku sebab diorang ni sama-sama jaga kami adik beradik darik kecil sampaila sekarang. rumah aku ngan diorang memang selang 2 buah rumah je sebab mama aku x nak buat rumah jauh-jauh. die cakap kalau nak mintak tolong senang, nak menyusahkan pun senangkan ...(-___-)

almaklumla mama ngan abah aku ni dua-dua keje so selain dari orang gaji sapa lagi yang diorang harap (aku dulu adala mama panggil orang jagakan, tapi bukanla orang gaji tetap ye). jadi, kalau mama ngan abah aku sibuk, aku ngan adik-adik akan pergi rumah nenek ngan ayah aku untuk lepak, makan dan tidur.

tetiba aku rindu kat diorang, terlalu banyak jasa diorang pada kami adik beradik dan juga sepupu-sepupu kami yang lain. sekarang, mak aku dah tua makin kerap sakit dan selalu kuar masuk hospital. tapi nasib baikla ayah aku masih lagi sihat so diala yang akan drive kete (ayah aku umur 75 tapi masih lagi boleh memandu ngan baik cuma xleh drive malam) ke hospital untuk check dan ambil ubat.

ayah ngan nenek aku ni diorang suka benauuu bergaduh sesama sendiri tapi sangatlah sweet....aku ngan adik-adik dah masak dah perangai diorang. ayah aku akan membebel, mak aku tarik muka tapi dua-dua tak leh nak berpisah lama. sekarang nenek aku selalu sakit-sakit, sebab dia ada penyakit usus (macam barah usus). dah beberapa kali operate tapi masih lagi kena ada pemantauan.

aku nak mak ngan ayah aku hidup lagi lama dari aku (same goes to mama ngan abah aku) supaya diorang boleh lihat aku berkahwin, ada anak dan supaya aku sempat bagi diorang duit sebab aku nak sangat diorang pergi haji buat kali kedua (diorang rasa yang pertama kali haji banyak yang x lengkap sebab nenek aku ni buta huruf).

kepada mak ngan ayah aku. shid sayang kamu dan shid rindu sangat sama kamuuuuuuuuuuu

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

meh cerita pasal CELCOM

adik aku pengguna maxis prepaid mama aku memang xleh berenggang ngan phone mama aku pakai celcom postpaid aku pakai celcom prepaid since all my fam use it (hp buruk aku tapi aku sayanggg) kenapa tibe-tibe nak cerita pasal celcom nih shida. hehe, sebab aku ada baca satu blog die bagitau kita punye blog ni kenale informative and ada tajuk jitu. contohla anda peminat Dato' Ct n dalam blog anda, semua cerita pasal Dato' Ct. so saper2 yang nak tau pasal dato' ct, masuk saja blog anda. or anda minat masak n kebanyakan cerita anda pasal memasak. tapi selang-seli la cerita lain k so, aku nak cerita pasal CELCOM. kenapa CELCOM? sebab i'm the biggest fan of celcom....ok, memang penipu besar (-_____-). aku adalah one of the ................... (isikan tempat kosong) celcom and senang cerita aku memang ada pengetahuan luas tentang celcom punye product. aku x nak cerita sejarah celcom sebab aku pun x hafal tapi celcom adalah company melayu. ye, sapa sokong melayu, pilihla celcom.......