Skip to main content

PLS WEAR LEGGING WISELY (legging = inner)




sebenarnya dah lama nak buat entry pasal ni tapi disebabkan rasa diri macam x layak, so aku malas buat. tapi lama kelamaan rasa macam kena cakap jugak, kalau x cakap, rasa macam xleh tdo malam ni...haha...bukan main lagi.

ok, back to the topic, sebenarnya macam ni baru-baru ni dalam blog ni ada tunjuk satu pic yang menunjukkan seorang girl memakai legging di salah satu water park kat kl nie. legging tu kaler coklat and girl tu memakai baju singkat ngan tudung (tudung tu boleh dipuji) tapi sedihnya apabila leggingnya basah, memang terang lagi bersuluh menampakkan die punye spender kaler hitam. so sekali imbas girl tu hanya memakai spender hitam, baju n tudung. kelakar kan tapi sedih (-____-) sebab ia dilakukan oleh perempuan bertudung yang nak tutup rambut tapiiiiiiii




contoh, yang pakai legging tapi bagi aku die ni xderla sakit sangat mata memangdang sbb at lesat baju dia labuh.


cuba imagine seorang yang bertudung memakai legging macam ni,
bayangkan legging dia labuhla....errkkk

kisah ni sebenarnya bukan baru, aku pernah nampak banyak kali pakai legging tapi pakai baju singkat yang menampakkan camel toe (tau x apa dia). kalau free hair aku malas sangat nak kisah. tapi aritu aku tengok yang bertudung, tudung memang dah cantik, aku pun lupa samada dia pakai shawl atau tudung sarung. dia pakai kemeja dan legging hitam.

mula-mula aku buat bodoh je tapi lepas tu aku pandang lagi. girl tu agak besar and legging dia jenis nipis, so aku boleh nampak ngan terang die punya betis dan peha. tapi nasib baik kemeja die betul2 bawah paras punggung, so terlindung die punya *ehemmm* bahagian depan dan belakang. so sebijik macam dia pakai tuduung, dan kemeja je sambil jalan-jalan. so cuba bayangkan betapa seksi dan terseksanya mata memandang.


contoh pemakaian yang selalu kita nampak kat luar

serius, benda ni selalu dipandang ringan tapi ianya sangat berat dan memalukan sebab kalau depan nampak *camel toe*, kalau belakang nampak dengan jelas ur butt and garisan seluar dalam. aku dulu pun pakai legging tapi lama-lama rasa macam x selesa but still sampai sakarang aku xleh tinggal lagi skinny jeans. ni aku admit...huhu (-____-)

sekarang, last pakai masa g langkawi sebab aku kalau mandi laut, hanya legging je yg sesuai n selesa bagi aku (but make sure pakai ngan tshirt labuh dan longgar). cumenya sekarang aku pakai jugak legging, masa pakai skirt, dalam tu aku pakai legging sebab kalau kita jalan-jalan x rasa bimbang tersingkap ke apa.

korang jugak boleh baca entry ni
atau entry ni sangat kelakar ye

Comments

ddjfr said…
yep.sangat setuju dengan pendapat shida.dd memang xpernah pakai legging kt luar rumah sebab cik abang xbagi.cuma penah sekali je sebab pegi waterpark,tu pn pakai ngan t-shirt besar.

pada awek petite macam u pakai baju labuh dari lutut mmg nampak cute.tapi kalau yang badan agak sasa macam dd,nampak macam hampeh je..
pada ak tidak ssuai perempuan muslimah yg memakai tudung tp berseluar legging menmpk susuk kaki nya walaupun pakai baju yg labuh.. sperti dia bertelanjang jer.. wuuhuu..
shidaidris said…
dd...tu la kalau pegi main air kat water park ke pantai ke, memang nak pakai legging since seluar trek ni dah xder dalam list. sekolah2 dulu adala tapi kena make sure sthirt labuh kan.

kecik macam shida pun malu kalau pakai baju singkat....hehe
shidaidris said…
benu....memang betul tapi yerlah nak tegur pun sapala kita sbb aku pun x sempurna lagi. cumenya at least kalau nak pakai legging biarla betul2 labuh bajunya. sekurang-kurangnya dia x menyakitkan mata memandang

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

meh cerita pasal CELCOM

adik aku pengguna maxis prepaid mama aku memang xleh berenggang ngan phone mama aku pakai celcom postpaid aku pakai celcom prepaid since all my fam use it (hp buruk aku tapi aku sayanggg) kenapa tibe-tibe nak cerita pasal celcom nih shida. hehe, sebab aku ada baca satu blog die bagitau kita punye blog ni kenale informative and ada tajuk jitu. contohla anda peminat Dato' Ct n dalam blog anda, semua cerita pasal Dato' Ct. so saper2 yang nak tau pasal dato' ct, masuk saja blog anda. or anda minat masak n kebanyakan cerita anda pasal memasak. tapi selang-seli la cerita lain k so, aku nak cerita pasal CELCOM. kenapa CELCOM? sebab i'm the biggest fan of celcom....ok, memang penipu besar (-_____-). aku adalah one of the ................... (isikan tempat kosong) celcom and senang cerita aku memang ada pengetahuan luas tentang celcom punye product. aku x nak cerita sejarah celcom sebab aku pun x hafal tapi celcom adalah company melayu. ye, sapa sokong melayu, pilihla celcom.......